hari ni hari jumaat. sunyi ofis. iyela, kebanyakkannye bercuti dan berkusus. aku je baru habis kusus. selalu tghari aku balik, tapi hari ni kena kurung. hehehe. boring sangat rasa. ada je kerja, tapi tak mampu nak wat lagi..pemalas betui ibu fahim ni. hihihi...
alhamdulillah Allah kurniakan rezeki pada aku dan keluarga. husband dah dapat mengajar kat sini. dah mula pun semalam. pastu..yang lagi mengejutkan, aku mengandung pulak anak ke-2. hehehe..alhamdulillah, bersyukur sangat. fahim dah nak jadi abang. tak jangka sebenarnye. aku bersyukur pada-Mu Ya Allah..
bila dah tahu ibunye mengandung, memang nampak ketara pada fahim. dia lebih manja, dlm erti kata lainnye, lebih mengada2. hehehe.. asal tinggal jap je, nangis. memang sebak nak tinggalkan dia masa nak gi keje. ni pun ok lagi sebab sofea masih leh jaga dia kat umah. tak dapat bayangkan kalau dah start kena hantar dia kat nursery nnt. adduusss.. itu la hati seorang ibu. "fahim, ibu sayang fahim tau.. jgn nakal2 yek, dengar kata"...
mengandung kali ni aku rasa lain macam sikit. loya berlebih2. mungkin sebab husband pun dah dekat, jadi mengada2 sikit la..hehehe.. loya tu dtg tiba2. memang dugaan. orang kata, kalau keadaan kite tak sama dengan kandungan pertama dulu, mungkin jantina anak yang ke-2 ni berlainan. hehee..tak tau la tu. kalau dapat anak pompuan, seribu rahmat, tapi kalau dapat lelaki pun alhamdullillah...semua tu rezeki Allah. yang penting sihat dan selamat..aminn..
No comments:
Post a Comment