minggu ni aku balik kampung. seronok betul bila terbayangkan nak balik esok. waduh2.. sik bisa tahan.. hahahaha.. tak sabar sangat. cuti aku dah approve.. keje yang patut bagi kat student sume dah beres. rasa macam berbunga2 pulak. dah lama tak balik. beza balik kali ni, kena pk dua rumah. mula2 balik perak..pastu baru balik pahang. seronoknyee.. tak sabar nak menghirup udara kat semenanjung..(walaupun udara kat sana takde la bersih mana pun)... hehehehe..
pagi tadi aku mengamuk kat kelas DTP. mana tak nyee.. melampau budak2 tu. dah kena marah baru la tersipu2. geram betul hari ni dan aku memang betul2 angin.. baru tahu sape suhana binti ramli... aku pun marah takde la melulu. minggu pertama ok lagi.. ikut je dulu.. layan jek.. masuk minggu kedua.. buat lagi,.. memang nak kena budak2 ni... sakit hati.. dah lepas rasa marah tu.. memang lega sangat... nak sangat tengok aku marah... ambik ko!! hahahahaha!
malam tadi aku mimpi lagi.. masuk malam tadi, dah 3 malam aku mimpi ada orang nak bunuh aku.. masyaallah.. apalah petandanya.. mungkin jugak mainan tido. aku pun tak nak pk sangat. cuma aku mohon perlindungan daripada Allah s.w.t semoga takde la yang bahaya2 berlaku pada aku dan kuarga aku..amiinn...
..Permulaan Yang Baik Menjanjikan Kebahagian Yang Abadi.. " Malam hari menanti siang; Tapi mentari tak kunjung tiba; Hidup dan Mati usah dikenang;Kerana ia kekal selama.."
No comments:
Post a Comment