lagi seminggu aku akan di ijab kabulkan.. debaran semakin terasa. fikiran pun makin serabut..tapi pada masa yang sama, aku happy. seronok dan gembira bila terfikir yang aku dah hampir dengan alam perkahwinan.. alam perkongsian..
kalau dilihat pada meja kat ofis aku sekarang ni.. aku rasa orang pun sakit mata. hehehe.. serabut sangat. skrg ni tiap2 hari aku sampai umah kol 10mlm. lepas keje jek gi meronggeng. ala, bukan meronggeng gi mana pun. gi beli barang yang tak lengkap lagi untuk majlis. memang penat. yang peliknye, tiap2 pagi aku bangun awal pagi. kol 4pg dah terjaga dan tak leh tido. macam hari ni,bila tak dapat tido tu, aku mengemas umah.. mop bilik. pasang langsir baru.. wah.. syok jugak tau..
takutnye rasa nak menghadapi alam baru ni.. gerun dan gementar sangat. yang lagi seronok, kawan-kawan support. kadang-kala aku terkandas jugak...menangis..merasakan diri tak dapat nak hadapi sume ni sekarang. dengan keje kat ofis yang berlambak. nasib baik kelas ngan junior dah habis.. ada kalanya, aku terfikirkan sesuatu yang tak patut aku fikirkan...aku harap itu hanya dugaan aku sekarang.. so, SUHANA! CHAYOOKKKK... KUATKAN SEMANGAT.. TARIKK NAFASS... KENNTUTTTTTT!!! HAHAHAHAHAHAHA....
..Permulaan Yang Baik Menjanjikan Kebahagian Yang Abadi.. " Malam hari menanti siang; Tapi mentari tak kunjung tiba; Hidup dan Mati usah dikenang;Kerana ia kekal selama.."
No comments:
Post a Comment