Friday, June 24, 2011

oh, hari ini.

hahahhaa...

oh, hari ini. hari ini memang best, sebab esok dah cuti. tambah best sebab hari isnin pun aku cuti. seronok betul.. nak dok kat umah bermain dengan fahim yang makin nakal. rindunye kat budak kecik tu. sangat merindui dia. pagi tadi husband call bgtau mata fahim bengkak. addooii.. bila dapat mms dari husband, mmg rasa nak nangis. entah apa yang gigit fahim, kalau sy jumpa serangga atau benda yang wat mata anak sy bengkak tu, sy gigit2 dia..

ahad ni besday my beloved husband. hahaha..apa la nak surprise kat dia. ni lah first time celebrate besday dia sama2. kalau tak kirim hadiah n calling je la yang mmpu di buat. kalau dapat celebrate pun harinye dah lepas atau sebelum. alhamdulillah, tgh pk nak wat apa nnt..

pagi tadi pening kepala dengan praktis OBE. petang ni konon2 nye nak wat la.. tapi yang addoo... takdenyee.. beku otak. dalam ofis aku skrg ni rasa macam dok dalam frezeer.. mmg tak leh nak wat apa. tapi taip blog ni mmpu lak aku.. ajaib kan.. suhana..suhana.. ;p

waktu berlalu dengan pantas skrg ni. pejam celik,pejam celik dah hampir 3 tahun aku kat sarawak ni. lagi tak percaya, dah ada anak sendiri pun. hehehe..dan bakal dapat sorg lagi.heheh..alhamdulillah. gembira mmg gembira. tapi macam2 jugak aku pk. kesian kat fahim sebab dah takleh BF ngan aku. terpaksa minum susu tepung. kena jugak latih dia. makin besar perut aku ni, susu yang terhasil dah tak berapa bagus.. tapi selagi aku mampu aku bg jek. Allah Maha Adil kan. selagi baby nak menyusu dengan kite, maksudnye ada la rezeki dia kan..

walaupun lama lagi, tapi aku tak sabar nak tgk reaksi fahim bila dah dpt adik baru nnt. camne la yek.. kalau dapat pompuan, mesti dia jadi abg yang prihatin.hahahaa...tak kisah la tu, yang penting semua selamat..amiin..

Thursday, June 16, 2011

rezeki mencurah..Alhamdulillah..

assalammualaikum.

hari ni hari jumaat. sunyi ofis. iyela, kebanyakkannye bercuti dan berkusus. aku je baru habis kusus. selalu tghari aku balik, tapi hari ni kena kurung. hehehe. boring sangat rasa. ada je kerja, tapi tak mampu nak wat lagi..pemalas betui ibu fahim ni. hihihi...

alhamdulillah Allah kurniakan rezeki pada aku dan keluarga. husband dah dapat mengajar kat sini. dah mula pun semalam. pastu..yang lagi mengejutkan, aku mengandung pulak anak ke-2. hehehe..alhamdulillah, bersyukur sangat. fahim dah nak jadi abang. tak jangka sebenarnye. aku bersyukur pada-Mu Ya Allah..

bila dah tahu ibunye mengandung, memang nampak ketara pada fahim. dia lebih manja, dlm erti kata lainnye, lebih mengada2. hehehe.. asal tinggal jap je, nangis. memang sebak nak tinggalkan dia masa nak gi keje. ni pun ok lagi sebab sofea masih leh jaga dia kat umah. tak dapat bayangkan kalau dah start kena hantar dia kat nursery nnt. adduusss.. itu la hati seorang ibu. "fahim, ibu sayang fahim tau.. jgn nakal2 yek, dengar kata"...

mengandung kali ni aku rasa lain macam sikit. loya berlebih2. mungkin sebab husband pun dah dekat, jadi mengada2 sikit la..hehehe.. loya tu dtg tiba2. memang dugaan. orang kata, kalau keadaan kite tak sama dengan kandungan pertama dulu, mungkin jantina anak yang ke-2 ni berlainan. hehee..tak tau la tu. kalau dapat anak pompuan, seribu rahmat, tapi kalau dapat lelaki pun alhamdullillah...semua tu rezeki Allah. yang penting sihat dan selamat..aminn..