Wednesday, June 10, 2009

Petua orang-orang Tua..

ASAM GELUGUR UBAT SAKIT TEKAK
Dewasa ini dalam keadaan cuaca yang tidak menentu, ramai yang menderita sakit tekak. Petua mudah menghilangkan sakit tekak, ambil beberapa keping asam gelugur, dibakar hingga hangus. Selepas itu, tumbuk dan gaulkan dengan sedikit air sirih. Kemudian sapukan pada bahagian tekak yang sakit. Insya- Allah sakit tekak anda akan cepat sembuh


MENYEMBUHKAN DEMAM
Petua ini hanya sesuai untuk mereka yang deman biasa. Ambil segenggam daun betik. Bersih dan tumbuk hingga halus dan kemudian saring airnya menggunakan sehelai kain bersih. Air pati daun betik itu hendaklah diminum. Insya Allah dalam tempoh 12 jam anda akan melihat perbezaannya. Jika demam tidak sembuh, jangan lupa berjumpa doktor.


Aku dapat fakta2 ni daripada internet..dah lama dah ada.. cuma tak pernah praktik pun.. malas la.. heheheheh..leceh..lagipun dok sowang2 kat rumah, sakit pun takde sape yang tahu n peduli. yang penting, tido jekkk...
semalam lepas balik keje, aku terus tido.. tudung ngan stoking pun aku tak tanggal.. maha dasyat punya demam.. bangun tido macam leh gi keje semula..iyela, 'uniform' dah lengkap.. hahahah..nasib baik nametag aku dah tanggal siap2 masa solat kat ofis..

"jangan lupa jumpa doktor" konon.. blah la kat doktor .. perkara paling aku benci sekali ialah berjumpa dengan doktor.. kecuali kalau doktor tu nama dia Dr. mohd fahmie bin mohd hamifi.. boleh la kot... hahahahaha.....haa, husni tu nak kata apa2 la tu....hehehehehe

No comments:

Post a Comment