Friday, September 25, 2009

perubahan..

Assalammualaikum warahmatullahi wabarokatuh...

panjang tul salam..tu.. jawab..jangan tak jawab. hehehehe.. macam nak tulis surat cinta lak. hari ni raya ke 7. perut aku sakit tak sembuh2 lagi.. isnin ni dah nak balik lak tu. huhuhu. sarawak!! tunggu kamek pulang!!.. semalam aku gi jumpa geng lama. seronok sangat. akhirnye dapat gak jumpa. gamat jadinya rumah juju.tapi takde la dapat jumpa semua. cuti ni masa aku habis ngan mak ayah aku jek.. mana diaorg gi, aku mengekor jek.. biasa pun takde orang nak ikut...aku je pengikut setia mak ayah aku. hehehehe..anak manja la katakan..kuang..kuang..kuang..

hari ni pun mak dah ajak gi jenjalan... dia tak ajak org len.. sebab dah tahu dah jawapan.. heheheh.. tapi kan aku pernah gak merajuk. tak ikut mak n ayah gi kenduri kawin. apa lagi... semua la pelik. cari sebab kenapa aku taknak ikut. yang kelakar, ayah tanya sufina, "kenapa kak na tak nak ikut"? heheheheh... sufina lak leh jawab, "kak na merajuk, mak n ayah tak bgtau dia suh siap, tgk2 nak gi jek".. hahahahaha.. iyela, mana tak nye. malam tu sedara aku datang tido umah aku. aku dipinggirkan... hehehhe.. mengada gak aku ni yek.. sabar je laa.. suhana..suhana..

pagi ni mak masak nasi lemak.. sambil mengarang blog, aku makan nasi lemak yang sedap..nyummmyyy... hehehehe. iyela, kalau kat sarawak, aku makan nasi lemak kakak kantin tu..nak taknak, kena gak makan. kalau tak makan kang lapo...sebenarnye aku nak cite lain.. tapi lain lak yang kuar..tu sebab tajuknye "perubahan"..hehehehehe.takpe la kan....

Thursday, September 24, 2009

Hari ini Hari Jumaat, 25.09.2009

Bukankah Semestinya
Cinta Yang Bisa Membuat Bahagia
Namun Kau Yang Tak Pernah Mahu Mengerti
Ertinya Cinta…

Tak Habis Ku Berfikir
Sampai Bila Begini, Ku Menanti
Rasakan Indahnya Cinta…

Ku Cuba Selalu Untuk Mengerti
Tapi Tak Mampu Bertahan Lagi
Akanku Jalani Hidup
Mengabdi Cinta Yang Pantas Untukku

Ikatan Cinta Sudah Berakhir
Buah Hati kan Menjadi Saksi
Hanya Waktu Menemani
Biar Kenangan Tersimpan Dihati

Mengapa Pertengkaran Selalu Ada Antara Kita
Dan Begitu Mudahnya Kau Ucap Kata Ingin Berpisah
Seharusnya Kau Tahu, Takkan Semudah Itu
Bila Memang Kau Tulus Mencintaiku…

ni lirik lagu siti.. "cuba untuk mengerti".. asal aku dengar je lagu ni..aku mesti menangis.. nak kata aku ni minah jiwang, takde la pun...hahahahahaha... mungkin lagu ni berhantu untuk diri aku kot...
lagi berapa hari aku nak balik sarawak.. tak sabar nak jumpa vivi.. mesti dia dah rindu giler kat aku.. harap2 flight tak delay....nak cepat2 sampai..hehehehe..

hari ni dah hari jumaat.. kaum2 adam dah sibuk2 nak siap gi solat jumaat. solat jumaat pertama di bulan syawal..

Tuesday, September 22, 2009

"Seminggu"...

Seminggu aku pergi...
Pergi meninggalkan mu...

Seminggu aku di sini..
Di sini mengingati mu...

Seminggu aku merana..
Merana mengenang kamu..

Pedih Hati tidak tertahan..menanggung rindu yang sangat berbeban..
Aku sendiri meragut kasih, kasih yang pasti hanya untukku..
Aku tahu kau pun begini..seperti aku yang sedang menanti..
Biar yang lain mengata kita, asalkan mereka kekal bahagia..

Bilakah masa kita kan berjumpa..mengubat rindu yang sangat mendalam..
sayang yang suci di bawa mati, moga ia kekal abadi..
kau la teman kau la kawan..ketika aku sangat memerlukan..
Allah itu Maha berkuasa..temukan kita tanpa diduga...

Yang tersimpul sudah pun terlerai..yang kasih pula sudah terbelai
nanti kan aku wahai kekasih..
nantikan kepulangan ku.....hanya.......seminggguuu.......................... :)

Wednesday, September 16, 2009

Susah ke awak..?...

"susah ke nak jaga hati saya??".. keluh Bedah kepada Seman.. Seman diam seribu bahasa. Tidak terkata apa. Dia tahu, dia dah terlepas dalam berbicara. Seman hanya mampu membatu. dalam hati nya terdetik beribu penyesalan. "apa aku nak wat ni.." bisik hati Seman.. Bedah menangis kecewa. Tidak sangka Seman sanggup meluahkan hata-kata yang sebegitu.. keadaan makin tegang.. tanpa diduga Bedah berlari menuju ke pondok bas. Tidak sanggup lagi dia menatap wajah lelaki yang melemparkan kata-kata yang mengguris jiwanya. tindakan nekad Bedah disedari Seman. tetapi Seman tak mampu nak berbuat apa2 apabila Bedah terus menaiki bas yang berhenti di hadapannya dan berlalu dengan pantas.

Dengan hati yang kuat, Seman cuba untuk mengejar bas yang dinaiki Bedah. niatnya untuk memujuk kembali kekasih hatinya itu. Tidak sanggup Seman diselubungi rasa bersalah untuk kedua kalinya. Seman berlari sepenuh hati..tiba-tiba bas berhenti. Seman tergamam sambil tercungap-cungap keletihan. dengan tidak semenanya, Bedah turun dari bas. Seman terdengar satu suara yang agak lantang dari mulut bas.. "aiiyyaaa,..lu talak tau ka, ini bas untuk itu pekija kilang. talak boleh baca??..manyak susah la ini olang. wa manyak kija lagi tau !!" pemandu bas memarahi Bedah. Ini membuatkan tangisan Bedah semakin kuat. perasaan malu menyelubungi dirinya. rasa seperti ingin menimbus kepala nya ke dalam perut bumi. tapi apakan daya, Bedah hanya mampu menangis dan menutup muka.

Seraya Bedah memijak bumi, dia tidak menyedari bahawa dia sedang diperhatikan oleh seseorang yang menyanyangi dirinya. "Addddooiii..!" tetiba Bedah berteriak kesakitan.. bak kata pepatah, 'sudah jatuh, ditimpa tangga'... tanpa disedari, Bedah telah terpijak batu dan menyebabkan dia terjatuh ke dalam longkang kecil di hadapan tempat bas berhenti. "Ya Allah, awek akuu..!" jerit Seman. terkejut melihat kejadian yang menimpa Bedah, Seman sepantas kilat berlari mendapatkan kekasihnya itu. "ok ke awak?" bicara Seman lembut. Bedah hanya diam seribu bahasa.. perasaannya kini bercampur baur. antara dunia dan khayalan.. terdetik dalam hati Bedah, "kenapa la aku tak pengsan?? malunyeee..sakitnyeee". "saya papah awak ye..jalan slow-slow.." Seman cuba menolong. Bedah hanya menuruti. Tiada yang mampu dia lakukan melainkan mendengar arahan daripada Seman.

Seman membawa Bedah ke pondok bas. mereka duduk dan kelihatan darah mengalir dari tangan kanan Bedah. Bedah mengurut kakinya yang sakit. Keadaan menjadi semakin sayu. tanpa diduga, Seman menitiskan air mata. Dia merasakan apa yang berlaku sebentar tadi adalah kerana salahnya. jika dia tidak terlepas kata, pasti semua ini takkan menimpa Bedah, insan yang paling dicintainya. Bedah menunjukkan luka yang dialami di tangan nye kepada Seman lalu bersuara,.. "mesti ada parut kan?.., dah tak cantik dah tangan saya. bila saya tengok parut kat tangan ni nanti, mesti saya akan rasa sakit...". Seman hanya mampu mengetap bibirnya. dia tahu kata-kata itu ditujukan kepadanya. seribu penyesalan menyelimuti Seman... "Maaf kan saya, awak.. saya tahu salah saya. saya tak sepatutnya mengeluarkan kata-kata tadi. saya bersalah dan saya harap awak maaf kan saya.. saya sayangkan awak dan saya tak nak kehilangan awak.." Seman tunduk dan airmata nya menitik laju. kini, dia tidak mempedulikan lagi apa pandangan orang yang sekali sekala melalui jalan itu. Seman tidak kisah jika dia dikatakan "pondan" pada mata-mata yang melihat mereka.

Bedah mengesat air mata, lantas bangun meninggalkan tempat duduknya... sebelum berlalu, Bedah bersuara," ini bukan kali pertama..." -tamat-

PERRGGHH..AMACAM KAWAN2? OK TAK AKU KARANG CERPEN SI BEDAH DAN SI SEMAN NI? HEHEHEHEH... sudi2 la korang komen yek.. nnti aku leh wat lagi yang maha dasat..

hari raya hari yang mulia..

lagi 3 hari nak rayee...

esok aku dah nak balik.. berdebar2 lak rasa.. kawan2 ofis dah ramai yang pulang ke kampung. ofis dan poli dah makin sunyi.. aku lak seronok, sebab leh drive kete ala-ala pelumpa f1 tu..hehehehe.. esok hari terakhir aku kat sini di bulan ramadhan. banyak gak barang aku bawa balik. daripada taknak bawa apa-apa, skrang aku tengok dah penuh satu beg. mak aku oder di saat2 akhir..mummy..waiting for me...!!

camne ni.. baju raya aku tak beli lagi.. huhuhuhu..yang pasti tahun ni aku nak cari baju warna putih.. tetiba hati rasa sayu lak bila mengenangkan dah nak habis bulan ramadhan. sempat la 2 hari aku berpuasa ngan mak n ayah.insyaallah...

pernah tak korang terfikir.. hidup kite ni dah diatur.. ada kala bila kite merancang, tapi apa yang dirancang tak menjadi.. ada kalanye juga bila kite tak rancang pun apa2..tapi dengan tiba-tiba sesuatu yang tak diduga berlaku.. Besarnye Kuasa Allah s.w.t tu kan.. Subhanaallah... bagi aku, kekuatan dan keajaiban yang ada pada manusia adalah berdoa.. kalau kite nakkan sesuatu yang baik, kite doa yang baik2..insyaalah..tapi jangan la korang doa yang buruk2.. tu aniaya namanya..

sekarang ni aku redha jek.. apa yang berlaku aku terima je dengan hati yang terbuka. mungkin hati aku pun dan remuk dan retak seribu kot.. aku dah jadi macam orang yang tak kisah.. tapi bukan la tak kisah pada semua hal..certain-certain je la.. mau tak mengamuk kalau orang apa-apakan 'vivi' aku.. berani la..hahaha..kalau bab harta benda, kuarga, berani la nak 'usik', memang aku kisahhh.. nak rasa penangan suhana, anak pak ramli..boleh aje..mau seminggu kat hospital... jangan tak tau,..masa sekolah dulu, aku ni ketua gangster merangkap ketua pengawas yang cekap, amanah dan berdedikasi..hahahahahaha..seronok lak bila dapat puji diri sendiri.. cuba korang cuba..mesti rasa best jek.. paling best, korang dok depan cermin, pastu cakap la yang bagus-bagus pasal diri k0rang.. aku percaya, hidung korang akan membesar dan mengecut tanpa diduga..hehehehe..tapi kalau tetiba kuar darah ke..cecair hijau ke.. cepat2 la gi basuh..jangan gi hirup lak.. hahahahaha... (tetiba aku rasa nak tergelak habis2an lak dalam ofis yang sunyi sepi ni)..hehehehehe

Monday, September 7, 2009

si poyo..

hehehehe..best tajuk entry aku ni.. si poyo..
aku percaya ramai yang pernah jadi poyo sepanjang hidup kat dunia ni kan..tak banyak.. sekali seumur hidup..konfirm.. hehehe.. aku pun pernah poyo.. banyak kali jugak la... setiap tahun mesti poyo dua, tiga kali..hahahaha..
banyak maksud yang boleh di rungkai daripada perkataan poyo ni.. ada yang kata kantoi.. ada yang kata skema.. ada yang kata ntah apa2.. hahaha... tapi aku pernah gak terbaca dalam kamus dewan.. poyo tu maksudnye 'cantik'.. kuang..kuang..kuang...cantik kerr...??..

hari ni puasa hari ke 18.. tak sabar nak raya..baju raya tak beli lagi..otai kan.. esok nak raya, hari ni baru nak beli..heheheh...kalau tak, pakai baju lama pun takpe.. yang penting raya perlu diraikan dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran (ayat poyo yang pertama)...

lebih kurang seminggu lebih nak raya..hujung minggu ni aku nak shopping rayeee..nak beli apa yang patut.. baju raya, aku borong kat kl kot..lebih banyak pilihan..kalau tahun2 sebelum ni, aku akan wat kuih goyang..memang kuih raya feberet aku n kuarga..lebih2 lagi bila aku yang wat..(ayat poyo yang kedua) hahahah.. macam tahun lepas, aku wat ngan syazani..dia teman dari kol 11 malam sampai 3pagi.. hahahah..semangat raya tu...

tapi raya tahun ni kurang sorang..huhuhu..kakngah beraya kat singapore ngan husband n anaknye..iyela..tahun lepas diaorng beraya kat raub.. so, tahun ni ikut husband la.. org dah ada husband la katakan..(ayat poyo ketiga)..

hari ni aku terliur sangat nak makan pulut ngan rendang.. pergghh...sedap nyee..aku dah berangan dah nak masak balik kerja ni.. semangat berbuka.... pastu nak masak ikan keli berlada.. masak pedas2..pastu sakit perut..hehehehe..tapi takpe.. dah ada 'ubat'.(ayat poyo yang seterusnya)...hehehehehehe...

dah la.. tak mau dah la tulis.. kak ida dah bising...heheheheheh...