Wednesday, September 16, 2009

Susah ke awak..?...

"susah ke nak jaga hati saya??".. keluh Bedah kepada Seman.. Seman diam seribu bahasa. Tidak terkata apa. Dia tahu, dia dah terlepas dalam berbicara. Seman hanya mampu membatu. dalam hati nya terdetik beribu penyesalan. "apa aku nak wat ni.." bisik hati Seman.. Bedah menangis kecewa. Tidak sangka Seman sanggup meluahkan hata-kata yang sebegitu.. keadaan makin tegang.. tanpa diduga Bedah berlari menuju ke pondok bas. Tidak sanggup lagi dia menatap wajah lelaki yang melemparkan kata-kata yang mengguris jiwanya. tindakan nekad Bedah disedari Seman. tetapi Seman tak mampu nak berbuat apa2 apabila Bedah terus menaiki bas yang berhenti di hadapannya dan berlalu dengan pantas.

Dengan hati yang kuat, Seman cuba untuk mengejar bas yang dinaiki Bedah. niatnya untuk memujuk kembali kekasih hatinya itu. Tidak sanggup Seman diselubungi rasa bersalah untuk kedua kalinya. Seman berlari sepenuh hati..tiba-tiba bas berhenti. Seman tergamam sambil tercungap-cungap keletihan. dengan tidak semenanya, Bedah turun dari bas. Seman terdengar satu suara yang agak lantang dari mulut bas.. "aiiyyaaa,..lu talak tau ka, ini bas untuk itu pekija kilang. talak boleh baca??..manyak susah la ini olang. wa manyak kija lagi tau !!" pemandu bas memarahi Bedah. Ini membuatkan tangisan Bedah semakin kuat. perasaan malu menyelubungi dirinya. rasa seperti ingin menimbus kepala nya ke dalam perut bumi. tapi apakan daya, Bedah hanya mampu menangis dan menutup muka.

Seraya Bedah memijak bumi, dia tidak menyedari bahawa dia sedang diperhatikan oleh seseorang yang menyanyangi dirinya. "Addddooiii..!" tetiba Bedah berteriak kesakitan.. bak kata pepatah, 'sudah jatuh, ditimpa tangga'... tanpa disedari, Bedah telah terpijak batu dan menyebabkan dia terjatuh ke dalam longkang kecil di hadapan tempat bas berhenti. "Ya Allah, awek akuu..!" jerit Seman. terkejut melihat kejadian yang menimpa Bedah, Seman sepantas kilat berlari mendapatkan kekasihnya itu. "ok ke awak?" bicara Seman lembut. Bedah hanya diam seribu bahasa.. perasaannya kini bercampur baur. antara dunia dan khayalan.. terdetik dalam hati Bedah, "kenapa la aku tak pengsan?? malunyeee..sakitnyeee". "saya papah awak ye..jalan slow-slow.." Seman cuba menolong. Bedah hanya menuruti. Tiada yang mampu dia lakukan melainkan mendengar arahan daripada Seman.

Seman membawa Bedah ke pondok bas. mereka duduk dan kelihatan darah mengalir dari tangan kanan Bedah. Bedah mengurut kakinya yang sakit. Keadaan menjadi semakin sayu. tanpa diduga, Seman menitiskan air mata. Dia merasakan apa yang berlaku sebentar tadi adalah kerana salahnya. jika dia tidak terlepas kata, pasti semua ini takkan menimpa Bedah, insan yang paling dicintainya. Bedah menunjukkan luka yang dialami di tangan nye kepada Seman lalu bersuara,.. "mesti ada parut kan?.., dah tak cantik dah tangan saya. bila saya tengok parut kat tangan ni nanti, mesti saya akan rasa sakit...". Seman hanya mampu mengetap bibirnya. dia tahu kata-kata itu ditujukan kepadanya. seribu penyesalan menyelimuti Seman... "Maaf kan saya, awak.. saya tahu salah saya. saya tak sepatutnya mengeluarkan kata-kata tadi. saya bersalah dan saya harap awak maaf kan saya.. saya sayangkan awak dan saya tak nak kehilangan awak.." Seman tunduk dan airmata nya menitik laju. kini, dia tidak mempedulikan lagi apa pandangan orang yang sekali sekala melalui jalan itu. Seman tidak kisah jika dia dikatakan "pondan" pada mata-mata yang melihat mereka.

Bedah mengesat air mata, lantas bangun meninggalkan tempat duduknya... sebelum berlalu, Bedah bersuara," ini bukan kali pertama..." -tamat-

PERRGGHH..AMACAM KAWAN2? OK TAK AKU KARANG CERPEN SI BEDAH DAN SI SEMAN NI? HEHEHEHEH... sudi2 la korang komen yek.. nnti aku leh wat lagi yang maha dasat..

No comments:

Post a Comment