Tuesday, December 29, 2009

Mengandung??..











wah, wah, wah... best jugak tajuk ni. memang menyentuh jiwa..

ni la yang orang sibuk kata 'bunting pelamin'.. hahahaha..dah kena batang hidung sendiri. rezeki aku tahun 2009 ni.at least berteman jugak lepas my hubby dah pulang. kalau di kira2, awal sangat lagi. aku pun tak tau la macam mana nak menghadapi hari2 akan datang bila mie dah pulang ke semenanjung. dah la aku ni mengada2 skit kalau sakit. tak dapat nak bayangkan.. semalam pun hampir setengah jam aku muntah2. seksanya bila mengandung ni yek. baru la teringatkan mak aku...macam ni la mak aku mengandungkan aku 9 bulan. tu tak kira sakit masa nak lahirkan....nasib baik aku dapat dan sempat nak balas jasa mak aku... at least aku leh tolong dia. walaupun apa yang aku buat tak setanding dengan apa yang mak aku lakukan untuk aku, at least aku sayang dia dan aku akan jaga dia sampai aku mati.. tetiba rasa sedih lak.

sebenarnya aku dah rasa rindu giler kat mak n ayah aku. lepas kenduri kawin haritu memang aku tak sempat nak berbual lama dengan diaorang. walaupun aku ni kaki merajuk, tapi aku rasa akulah anak paling manja dan mengada2.. hahahaha..(masih tak ingat yang dia dah bersuami).. 2hb ni, my abg dah nak balik.. macam mana ni.. dok sorg kat umah.. nasib baik ada jiran tetangga. ayah aku dah suruh cari housemate. risau aku dok sorang2. eh, silap..hampir berdua.. takut jadi apa2 nnti.. ermm.. semoga takde la apa2.. aku berdoa, semoga aku selamat dan kandungan aku pun selamat sampai tiba saatnyee..insyaallah...

Tuesday, December 22, 2009

BENCI GILER!!

gambar ni takde kena mengena dengan topik aku. ni anak sedara aku. penawar hatiku...aku tenang melihat gambar ini.. huhuhuhuhuhu...anak sendiri??...coming soon.. heheheheh

mak aku kata, tak baik "benci" kat org... tapi entah kenapa aku tak boleh elak dengan perasaan itu hari ini.. aku bukan benci sebarangan. tapi benci aku bertempat. setakat ini, aku leh hormat dengan orang kalau orang tu hormat aku. at least jujur, bertanggungjawab dan amanah. amanah dengan apa yang orang telah pertanggungjawabkan pada kite. aku memang benci giler pada orang yang tak pandai nak jaga hubungan dengan orang lain. aku jugak benci pada orang yang suka memalukan orang tengah2 orang lain. setakat inilah, dengan student pun aku leh jaga maruah diaorang. aku pk jugak kalau nak marah tu. takdelah nak marah tak tentu hala..

kenapa aku susah2 nak pk pasal orang lain, tapi orang susah sangat nak pk n jaga hati aku! aku bukan nak disanjung pun. at least, hormat aku sebagai seorang manusia, perempuan dan kawan!! aaarrrgghhh.. memang aku kecewa sangat... takpelah.. aku pk, sume tu mesti ada hikmah. mungkin Allah nak tunjuk kat aku perangai sebenar! MEMANG BERLAGAK BAIK!! PELAKON HANDALAN!!

aku akui, aku pun takdelah baik sangat. tapi kalau orang percaya kat aku, insyaallah aku akan jaga kepercayaan tu sampai aku mati..cakap lebih2 pun tak guna. insyaallah, lepas aku luahkan apa yang aku rasa kat blog ni, aku leh lupakan semuanya.. kesihatan pun kena jaga. emosi kena kawal. peringkat permulaan la katakan..(hehehehehe).. chayok suhana!! chayok!!



hari ni, aku memang sakit kepala. kecewa sangat dengan apa yang dah berlaku.

Monday, December 21, 2009

cuti, cuti, cuti...

ofis makin sunyi..lepas ni yang tinggal kak ina, kak tie n aku.. yang lain sume dah balik kampung. hua..hua..hua... memang keje aku nnti update blog je la kan... hehehehe.. lagipun dah lama blog aku ni tak di serikan dengan kalimah-kalimah masyuk...hahahahaah..

masa ni la aku leh rehat secukupnya. setelah bertungkus lumus dengan pelbagai aktiviti kehidupan. plan hari2 tanpa staf2 yang lain ni aku ingat nak wat note. wahh,.. wat note tu.. cemerlang sungguh. sem depan aku akan ajar maths budak2 sijil. kena berusaha kuat jugak la. nak memahamkan diaorang. ermm...

minggu ni sufina pulang ke sarang. budak2 unimas dah kena daftar..tak sabar lak aku nak jumpa adik aku yang sorang tu. windu nyeee.. aha yek..lupa lak aku nak tanya result sem dia.. senyap sunyi jek.. takpe2..takkan lari gunung di kejar.

hujung minggu ni aku plan gi jalan umah sedara ngan husband tercinta. wah, wah, wah... dah ada husband tu. hehehehe.. (kena terima hakikat, aku bukan anak dara lagi)...kuang-kuang-kuang..dah nak jadi mak orang pun, so, kena bersedia mental dan fizikal..

bila difikir2..cepat sungguh masa berlalu. alhamdulillah, sume nye berjalan dengan baik. tapi perjalananku masih jauh. jaaauuuuhhh lagi..

Monday, December 7, 2009

gila-gila pengantin..



alhamdulillah..semua nye dah selamat.. kenduri raub, kenduri tanjung malim.. semua dah settle. esok dah nak balik sarawak. malas nye rasa nak balik. tapi takpelah, leh honeymoon..cuma badan jek sengal2....lepas ni leh rehat cukup2...

dengan 3 kali lafaz..hahahah..mentang2 la aku lahir bulan 3. nak tiga gak.. memang pengalaman paling seronok dan manis...belum pernah org bertepuk tangan masa majlis akad nikah, tapi masa majlis aku berlaku. selepas selesai mie melafazkan kabul, tetamu gembira seolak2 satu kemenangan.. memang kelakar. aku pun senyum lebar. walaupun perasaan bercampur gaul, tapi membuatkan aku rasa happy sangat masa tu...alhamdulillah..