" dengan kuasa bulan...akan menghukum muu....!!!!.. cite pasal blog. pagi2 ni wat aku bersemangat menaip blog... tetiba dikurniakan idea untuk hasilkan nurkilan indah, masyuk, lagi menghairahkan..hahahaha.. ni, sape2 yang otak kuning campur hijau pokok pisang..leh salah anggap dengan ayat2 aku tu..
itu la kuasa blog aku ni.. entah la.. apa aku tulis pun leh jadi salah faham pada certain2 orang yang membacanya. aku bukan tuju untuk dia pun.. tetiba jek boleh terasa. macam2 upenya peel orang ni. pelik..pelik.. tu sebab aku tak suka sangat baca blog orang. aku lebih suka wat blog sendiri dan baca tiap2 hari. sebab kadang2 aku pun suka dengan apa yang aku dah garapkan dalam mana2 entri.. masyaallah.. subhanaallah.. innalillah..
seronok kan hidup ni. tiap2 hari akan lalui perkara yang berbeza-beza.. kadang2 biasa2 jek.. kelakar bila terbayangkan apa yang akan berlaku.. memang akan jem otak kalau setiap kali nak meramal apa yang akan berlaku.. sebab semua ni kuasa Allah s.w.t. kite hanya mampu merancang dan mengatur apa yang terbaik untuk diri dan kuarga serta orang-orang di sekeliling...
pagi ni murah rezeki.. ada sahabat belanja makan. alhamdulillah... aku bab2 makan ni memang suke sangat. demam sekalipun aku selera jek makan. kalau tetiba aku tak selera nak makan tu..errmm.. memang pelik la.. aku tak pernah lagi la tak selera..orang kata, kalau putus cinta ker, bergaduh ngan pakwe ke.. mesti tak selera makan..tapi aku, telan jek.. hahahah.. gaduh, gaduh la.. perut kena isi jugak.. hahahaha.. memang kaki melantak..
eh, tapi ada jugak la time aku tak selera makan.. time aku merajuk ngan ayah atau mak aku.. haaa..masa tu memang macam makan ngan tak jek.. mandi pun tak basah.. sebab tak mandi (berkurung dalam bilik). tido pun tak lena..sebab asyik mimpi yang bukan2.. hehehehe... sampai la aku gi bilik diaorang, n minta maaf. tu la peel aku adik beradik.. .. merajuk ngan mak ayah takleh lama2..tak baik.. heheheheh..
ada lagi la situasi yang buat aku tak selera makan.. hahaha.. masa first date.. hahahaha.. hati berdebar2..mana la selera nak makan kan.. perut tu rasa kenyang jek... tapi bila balik dari date.. terus cari makan. masa tu la baru terpikir nak makan.. masyaallah..heehehe..sabar je la.. seronok hidup ni..kadang-kadang happy,..kadang2 sedih..kadang2 takut..kadang2 menyampah..macam2 la.. semua bergantung pada perasaan dan hati kite. kalau kite pandai kuasai hati dengan bertawakal kepada Allah s.w.t..insyaallah, hidup akan lebih baik dari sebelum nyee.. pelut pun dan konyang.. hari ni takde kelas.. so, nak siapkan rmst..tak siap laggiiii.. huhuhuhuhuhu
..Permulaan Yang Baik Menjanjikan Kebahagian Yang Abadi.. " Malam hari menanti siang; Tapi mentari tak kunjung tiba; Hidup dan Mati usah dikenang;Kerana ia kekal selama.."
No comments:
Post a Comment