Thursday, January 14, 2010

sedihnyee..


hari ni rasa hiba jek.. pilu jek.. tetiba rasa sensitif sangat. entah la. rasa rindu sangat nak balik raub. nak jumpa mak. nak jumpa ayah.. bila terbayang diaorang, rasa nak menangis pun ada. iyela..sape tak rindu mak ayah kan. teringat masa dok kat upsi. tiap2 minggu aku balik. kan seronok kalau dapat camtu. berulang pun aku sanggup. cuma sekarang masa dah berubah. aku pun dah ada kuarga sendiri. (masih tak percaya dah kawin n ada suami).. ya Allah,..aku dah kawin ker??? hahahahah.. kelakar la. suhana dah kawin... suhana bakal dapat anak!!.. ya Allah..tak caya..tak caya..!!.. tetiba ada orang lempang pipi... "adduuuiiii...sakit la!" ermmm...betul la aku dah kawin n bakal jadi ibu..ingatkan mimpi...... hehehehehehehehehehe...(sabar je la...)

sambil melayan blog ni, sambil makan coklat cadbury.sodaapp.. tadi baru lepas makan nasi. kuatnye aku makan sekarang ni. lepas makan, makan.. kalau tak makan, lapar. kalau makan kang, kenyang..(of course la)...aku dah kumpulkan gambar2 bayi comey. aku dah jumpa yang paling comey.. comeeyy sangat..

esok aku berazam nak gi keje awal skit. iyelah, asyik jek sipi2 nak punch card. dan asyik jek jumpa ngan QAP yang pondan tu.. (sesuka hati jek kata orang pondan kan).. heheheh.. misi utama lepas ni, cari siapa kah pemandu QAP tersebut.hehehehe..( tak kuasa i...)

tak sedih lak bila dah luahkan kat blog ni. seronok jugak ada blog kan. yang penting aku suka baca blog aku sendiri. ok..ok.. hidup perlu diteruskan!! yeeaaahh!! semoga Allah merahmati aku dan orang2 yang aku sayangi..ammiinnn.... " mak, ayah, saya rinnnduuu sangat kat mak ngan ayah!!"...

Monday, January 4, 2010

racing 3695

hahahahaaha...pagi2 ni wat aku ada idea menghasilkan blog yang baik..
bukan apa. aku nak citer pasal kejadian pagi tadi... bermula di jambatan merah. aku ni dengan tenang memandu kete tetiba ada sebuah kete "QAP..." yang kurang kesedaran "civic" ingin memotong aku di tengah2 jambatan. hahahahaha.. macam pondan. apa lagi. aku pun bakar la dia. masuk simpang kat kedai apek tu, aku terus drive laju. hahahahaha.. tapi aku menang tahap stage 1 jek. pastu dia potong sampai ke akhirnye. dia menang la kirenye.. tapi MENANG PONDAN .. kuikuikuikui.. seronok jugak yek wat camtu. tapi kejadian tu wat perut aku sakit.. agaknye anak aku pun marah.. kenapa ibu dia bawa kete laju2 lagi. kata nak insaf.. hehehehe.. walaupun laju, kalimah 'bismillahirahmanirrahim' tak lepas dari bibir aku ni... INSYAALLAH TAKDE APE.. bak kata kawan aku, "kalau dah kete depan slow, jalan sebelah lak takde kete, potong je la.."heheheheh.. aku kan pemandu berhemah dan baik hati. kuikuikuikui..

perut dah lapar.. tapi tekak terasa mual...tetiba hati terasa nak balik raub... huhuhuhuhu.. malam tadi aku tertido sambil makan kopok leko. memang kelakar sangat. ...punya la masyuk makan kepok sampai tertido...hehehehehe...

Sunday, January 3, 2010

hari ini

sangat boring hari ni...aku macam dapat idea nak taip apa tadi. tapi bila dapat buka blog ni, mula la hilang idea.boringnye.. boring sangat.. nak wat nota, mood tak datang2. sempat la minggu lepas, aku wat nota chapter 1 sains juruteknik. nak sambung chapter 2 tak dapat. setan datang berboyon2 kat mata ni. hari ni aku dapat hadiah lagi. walaupun dah nak dekat sebulan kawin, hadiah kawin tak putus2.. alhamdulillah. hehehehe..

badan aku makin penat. last jumpa doktor haritu, aku disyaki mengidap Anemia. patut la asyik penat jek,pastu pala aku asyik pening. aku tak risau sangat pasal aku, yang aku risau baby dalam kandungan ni, walaupun baru membesar 2 cm, tapi aku kena jaga dia elok2..risaunye..risau sangat. jangan la jadi apa2. kalau ikut orang yang dah berpengalaman, kurang hemoglobin dalam darah ni dah jadi perkara biasa bila mengandung..sume cakap kat aku, takde apa.. tapi aku risau jugak. sebab aku memang pengidap anemia sejak matrik lagi. cuma haritu masa derma darah, aku terkejut sangat sebab lepas dan darah aku layak didermakan...seronok sangat, sebab tu aku puasa sunat...

harap2, result darah aku 28hb ni tak mengecewakan... ermm.. aku dah jadi tak seronok dok kat PKS ni... kalau boleh nak pindah cepat2. tapi apakan daya... ini la dugaan. ayah aku cakap, kite perlu happy dengan apa juga keadaan.barulah hati akan tenang. Allah kurniakan aku dugaan hati ini pasti ada hikmahnye. jadikan aku lebih kuat. Dia beri aku "teman"..teman yang akan ikut aku kemana aje aku pergi...jugak jadi pelindung aku..insyaallah..yang aku tahu, Allah ada dengan aku walau apa pun yang berlaku... kalau ada yang ber'bunyi', andaikan aje itu bunyi dari longkang yang mengeluarkan air dan najis yang busuk.hahahahaha...

ingat la hati,
andai rasa diri dibenci, pasti ada yang menyayangi..
andai ada yang mengata, pasti ada yang bersimpati..
andai hidup terasa susah, jangan bimbang, sebab ada yang lebih susah lagi..
oleh itu,..bersyukur dan terus bersyukur dengan nikmat yang ada..ok? heheheheh..

Tuesday, December 29, 2009

Mengandung??..











wah, wah, wah... best jugak tajuk ni. memang menyentuh jiwa..

ni la yang orang sibuk kata 'bunting pelamin'.. hahahaha..dah kena batang hidung sendiri. rezeki aku tahun 2009 ni.at least berteman jugak lepas my hubby dah pulang. kalau di kira2, awal sangat lagi. aku pun tak tau la macam mana nak menghadapi hari2 akan datang bila mie dah pulang ke semenanjung. dah la aku ni mengada2 skit kalau sakit. tak dapat nak bayangkan.. semalam pun hampir setengah jam aku muntah2. seksanya bila mengandung ni yek. baru la teringatkan mak aku...macam ni la mak aku mengandungkan aku 9 bulan. tu tak kira sakit masa nak lahirkan....nasib baik aku dapat dan sempat nak balas jasa mak aku... at least aku leh tolong dia. walaupun apa yang aku buat tak setanding dengan apa yang mak aku lakukan untuk aku, at least aku sayang dia dan aku akan jaga dia sampai aku mati.. tetiba rasa sedih lak.

sebenarnya aku dah rasa rindu giler kat mak n ayah aku. lepas kenduri kawin haritu memang aku tak sempat nak berbual lama dengan diaorang. walaupun aku ni kaki merajuk, tapi aku rasa akulah anak paling manja dan mengada2.. hahahaha..(masih tak ingat yang dia dah bersuami).. 2hb ni, my abg dah nak balik.. macam mana ni.. dok sorg kat umah.. nasib baik ada jiran tetangga. ayah aku dah suruh cari housemate. risau aku dok sorang2. eh, silap..hampir berdua.. takut jadi apa2 nnti.. ermm.. semoga takde la apa2.. aku berdoa, semoga aku selamat dan kandungan aku pun selamat sampai tiba saatnyee..insyaallah...

Tuesday, December 22, 2009

BENCI GILER!!

gambar ni takde kena mengena dengan topik aku. ni anak sedara aku. penawar hatiku...aku tenang melihat gambar ini.. huhuhuhuhuhu...anak sendiri??...coming soon.. heheheheh

mak aku kata, tak baik "benci" kat org... tapi entah kenapa aku tak boleh elak dengan perasaan itu hari ini.. aku bukan benci sebarangan. tapi benci aku bertempat. setakat ini, aku leh hormat dengan orang kalau orang tu hormat aku. at least jujur, bertanggungjawab dan amanah. amanah dengan apa yang orang telah pertanggungjawabkan pada kite. aku memang benci giler pada orang yang tak pandai nak jaga hubungan dengan orang lain. aku jugak benci pada orang yang suka memalukan orang tengah2 orang lain. setakat inilah, dengan student pun aku leh jaga maruah diaorang. aku pk jugak kalau nak marah tu. takdelah nak marah tak tentu hala..

kenapa aku susah2 nak pk pasal orang lain, tapi orang susah sangat nak pk n jaga hati aku! aku bukan nak disanjung pun. at least, hormat aku sebagai seorang manusia, perempuan dan kawan!! aaarrrgghhh.. memang aku kecewa sangat... takpelah.. aku pk, sume tu mesti ada hikmah. mungkin Allah nak tunjuk kat aku perangai sebenar! MEMANG BERLAGAK BAIK!! PELAKON HANDALAN!!

aku akui, aku pun takdelah baik sangat. tapi kalau orang percaya kat aku, insyaallah aku akan jaga kepercayaan tu sampai aku mati..cakap lebih2 pun tak guna. insyaallah, lepas aku luahkan apa yang aku rasa kat blog ni, aku leh lupakan semuanya.. kesihatan pun kena jaga. emosi kena kawal. peringkat permulaan la katakan..(hehehehehe).. chayok suhana!! chayok!!



hari ni, aku memang sakit kepala. kecewa sangat dengan apa yang dah berlaku.

Monday, December 21, 2009

cuti, cuti, cuti...

ofis makin sunyi..lepas ni yang tinggal kak ina, kak tie n aku.. yang lain sume dah balik kampung. hua..hua..hua... memang keje aku nnti update blog je la kan... hehehehe.. lagipun dah lama blog aku ni tak di serikan dengan kalimah-kalimah masyuk...hahahahaah..

masa ni la aku leh rehat secukupnya. setelah bertungkus lumus dengan pelbagai aktiviti kehidupan. plan hari2 tanpa staf2 yang lain ni aku ingat nak wat note. wahh,.. wat note tu.. cemerlang sungguh. sem depan aku akan ajar maths budak2 sijil. kena berusaha kuat jugak la. nak memahamkan diaorang. ermm...

minggu ni sufina pulang ke sarang. budak2 unimas dah kena daftar..tak sabar lak aku nak jumpa adik aku yang sorang tu. windu nyeee.. aha yek..lupa lak aku nak tanya result sem dia.. senyap sunyi jek.. takpe2..takkan lari gunung di kejar.

hujung minggu ni aku plan gi jalan umah sedara ngan husband tercinta. wah, wah, wah... dah ada husband tu. hehehehe.. (kena terima hakikat, aku bukan anak dara lagi)...kuang-kuang-kuang..dah nak jadi mak orang pun, so, kena bersedia mental dan fizikal..

bila difikir2..cepat sungguh masa berlalu. alhamdulillah, sume nye berjalan dengan baik. tapi perjalananku masih jauh. jaaauuuuhhh lagi..

Monday, December 7, 2009

gila-gila pengantin..



alhamdulillah..semua nye dah selamat.. kenduri raub, kenduri tanjung malim.. semua dah settle. esok dah nak balik sarawak. malas nye rasa nak balik. tapi takpelah, leh honeymoon..cuma badan jek sengal2....lepas ni leh rehat cukup2...

dengan 3 kali lafaz..hahahah..mentang2 la aku lahir bulan 3. nak tiga gak.. memang pengalaman paling seronok dan manis...belum pernah org bertepuk tangan masa majlis akad nikah, tapi masa majlis aku berlaku. selepas selesai mie melafazkan kabul, tetamu gembira seolak2 satu kemenangan.. memang kelakar. aku pun senyum lebar. walaupun perasaan bercampur gaul, tapi membuatkan aku rasa happy sangat masa tu...alhamdulillah..