..Permulaan Yang Baik Menjanjikan Kebahagian Yang Abadi.. " Malam hari menanti siang; Tapi mentari tak kunjung tiba; Hidup dan Mati usah dikenang;Kerana ia kekal selama.."
Tuesday, December 29, 2009
Mengandung??..
Tuesday, December 22, 2009
BENCI GILER!!
mak aku kata, tak baik "benci" kat org... tapi entah kenapa aku tak boleh elak dengan perasaan itu hari ini.. aku bukan benci sebarangan. tapi benci aku bertempat. setakat ini, aku leh hormat dengan orang kalau orang tu hormat aku. at least jujur, bertanggungjawab dan amanah. amanah dengan apa yang orang telah pertanggungjawabkan pada kite. aku memang benci giler pada orang yang tak pandai nak jaga hubungan dengan orang lain. aku jugak benci pada orang yang suka memalukan orang tengah2 orang lain. setakat inilah, dengan student pun aku leh jaga maruah diaorang. aku pk jugak kalau nak marah tu. takdelah nak marah tak tentu hala..
kenapa aku susah2 nak pk pasal orang lain, tapi orang susah sangat nak pk n jaga hati aku! aku bukan nak disanjung pun. at least, hormat aku sebagai seorang manusia, perempuan dan kawan!! aaarrrgghhh.. memang aku kecewa sangat... takpelah.. aku pk, sume tu mesti ada hikmah. mungkin Allah nak tunjuk kat aku perangai sebenar! MEMANG BERLAGAK BAIK!! PELAKON HANDALAN!!
aku akui, aku pun takdelah baik sangat. tapi kalau orang percaya kat aku, insyaallah aku akan jaga kepercayaan tu sampai aku mati..cakap lebih2 pun tak guna. insyaallah, lepas aku luahkan apa yang aku rasa kat blog ni, aku leh lupakan semuanya.. kesihatan pun kena jaga. emosi kena kawal. peringkat permulaan la katakan..(hehehehehe).. chayok suhana!! chayok!!
hari ni, aku memang sakit kepala. kecewa sangat dengan apa yang dah berlaku.
Monday, December 21, 2009
cuti, cuti, cuti...
masa ni la aku leh rehat secukupnya. setelah bertungkus lumus dengan pelbagai aktiviti kehidupan. plan hari2 tanpa staf2 yang lain ni aku ingat nak wat note. wahh,.. wat note tu.. cemerlang sungguh. sem depan aku akan ajar maths budak2 sijil. kena berusaha kuat jugak la. nak memahamkan diaorang. ermm...
minggu ni sufina pulang ke sarang. budak2 unimas dah kena daftar..tak sabar lak aku nak jumpa adik aku yang sorang tu. windu nyeee.. aha yek..lupa lak aku nak tanya result sem dia.. senyap sunyi jek.. takpe2..takkan lari gunung di kejar.
hujung minggu ni aku plan gi jalan umah sedara ngan husband tercinta. wah, wah, wah... dah ada husband tu. hehehehe.. (kena terima hakikat, aku bukan anak dara lagi)...kuang-kuang-kuang..dah nak jadi mak orang pun, so, kena bersedia mental dan fizikal..
bila difikir2..cepat sungguh masa berlalu. alhamdulillah, sume nye berjalan dengan baik. tapi perjalananku masih jauh. jaaauuuuhhh lagi..
Monday, December 7, 2009
gila-gila pengantin..
alhamdulillah..semua nye dah selamat.. kenduri raub, kenduri tanjung malim.. semua dah settle. esok dah nak balik sarawak. malas nye rasa nak balik. tapi takpelah, leh honeymoon..cuma badan jek sengal2....lepas ni leh rehat cukup2...
dengan 3 kali lafaz..hahahah..mentang2 la aku lahir bulan 3. nak tiga gak.. memang pengalaman paling seronok dan manis...belum pernah org bertepuk tangan masa majlis akad nikah, tapi masa majlis aku berlaku. selepas selesai mie melafazkan kabul, tetamu gembira seolak2 satu kemenangan.. memang kelakar. aku pun senyum lebar. walaupun perasaan bercampur gaul, tapi membuatkan aku rasa happy sangat masa tu...alhamdulillah..
Friday, November 27, 2009
menunggu masa..
gelisah dan debaran di hati semakin membara..
ku titipkan kata bersama merah di jemari...
pergghh,.. memang gempak.
malam ni, selepas solat terakhir,..aku akan diijabkan..
degupan jantung ku tak henti2..(iyelah, kalau berhenti kang kenduri lain lak yang jadi)...hehehe
rasa nak kentut yang berterusan pun ada...
doa, ku panjatkan agar semua berjalan dengan baik..
semoga kata2 yang dilafazkan lancar dan sempurna...
aku menanti..dia menunggu..
aku menari, dia menggaru.. hahahahaha...
Ya Allah,..permudahkan lah segala urusanku... amiinnn....
Sunday, November 22, 2009
salam...
hari ni aku attend majlis kawin ofismate. wah, meriah.. memang meriah. first time aku gi kenduri orang sarawak. makanan pun sedap. selera jugak aku makan. 2,3 kali tambah. hehehehe..seronok..lagi best time pengantin datang. dengan bunyi kompang yang memukul jantung ku..cheewaah..terasa diawangan pulak.. (oooppsss,terover u...)hehehe
"rumah baru" aku dah siap kemas... seronok. dah siap deco2 lagi..hehehehe..tapi takde la macam deco bersama eric tu. yang pasti, bila umah ni dah macam umah, rasa tak sabar2 jek nak balik rumah bila kuar gi keje atau gi mana2..
Wednesday, November 18, 2009
menghitung hari...
kalau dilihat pada meja kat ofis aku sekarang ni.. aku rasa orang pun sakit mata. hehehe.. serabut sangat. skrg ni tiap2 hari aku sampai umah kol 10mlm. lepas keje jek gi meronggeng. ala, bukan meronggeng gi mana pun. gi beli barang yang tak lengkap lagi untuk majlis. memang penat. yang peliknye, tiap2 pagi aku bangun awal pagi. kol 4pg dah terjaga dan tak leh tido. macam hari ni,bila tak dapat tido tu, aku mengemas umah.. mop bilik. pasang langsir baru.. wah.. syok jugak tau..
takutnye rasa nak menghadapi alam baru ni.. gerun dan gementar sangat. yang lagi seronok, kawan-kawan support. kadang-kala aku terkandas jugak...menangis..merasakan diri tak dapat nak hadapi sume ni sekarang. dengan keje kat ofis yang berlambak. nasib baik kelas ngan junior dah habis.. ada kalanya, aku terfikirkan sesuatu yang tak patut aku fikirkan...aku harap itu hanya dugaan aku sekarang.. so, SUHANA! CHAYOOKKKK... KUATKAN SEMANGAT.. TARIKK NAFASS... KENNTUTTTTTT!!! HAHAHAHAHAHAHA....
Wednesday, November 11, 2009
Perkahwinan...
lama dah rasanya tak update blog.. sibuk gak 2,3 minggu kebelakangan ni. ada kala nye aku saje menyibukkan diri.. macam best jek topic yang aku post kali ni.. kahwin????!!..jeng-jeng-jeng.. tetiba rasa miang-miang jek.. hahahaha.. sape taknak kawin kan.. sume makhluk di dunia ini, Allah ciptakan berpasangan dan mempunyai naluri ingin mencari pasangan.. aku tak terlepas lah dari golongan itu.. kalau takde rasa nak kawin tu aku rasa mungkin mereka mempunyai sebab-sebab yang sedemikian... :
- frust menonggeng, bercinta bagai nak rak, alih2 putus ditengah jalan.
- tiada persefahaman diantara keluarga.. (seeloknye cari pasangan yang diredhai oleh ibubapa kedua belah pihak)
konklusinye.. sume disebabkan kenangan silam.... memang perit nak lupakan kenangan yang menimpa diri, tapi bila kite 'back to basic'.. ingat, bahawa Allah jadikan sesuatu itu pasti ada sebabnya. pasti ada hikmahnya.. kesedihan, kesengsaraan akan hilang bila kite ingat bahawa Allah s.w.t ada bersama.. insyaallah..
seronok tau,.. cuba korang try hayati diri.. ingat yang Allah itu sentiasa ngan kite.. masa tu korang akan rasa selamat sangat.. Ya Allah,.. rasa macam tenang jek....
berbalik kepada citer sebenar... kalau citer pasal kawin ni, memang boleh migrain kepala.. alih-alih boleh masuk i.c.u. banyak rintangan, onak dan duri yang perlu ditempuhi.kalau diberi pilihan, aku takkan kawin. dan tak nak kawin. tapi dah kena sound direct ngan teman baik aku, ..umat yang tidak mahu berkahwin itu bukan umat Nabi Muhammad... perrgghh.. boleh bernanah jugak telinga mendengarnye.. hehehe.. tapi teori aku senang jek,.. "kalau nak kebahagiaan dan kegembiraan, kite kena susah dulu, eh, silap dahulu (takut ada yang sampuk, 'dulu dah susah dah'.) ..tiada kesenangan tanpa menghadapi kesulitan.." mesti kena susah dahulu, baru leh senang... bagus kan orang tua zaman dulu.. pepatah "bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian" memang sangat berguna sampai ke hari ini.... bijak..bijak..
batuk aku pun makin teruk malam ni... terpaksa la melabuhkan noktah di sini.. huhuhuhu...wassalam..
Tuesday, October 13, 2009
Bengang!!!
kau kacau hidup ku!
kau bubuh racun dalam hatiku!
kau memang kejam!!
bak kata orang sekarang.. "Kejam gilerr!!!
mulut busuk bagaikan bunga taik ayam!
menjadi perosak yang tidak berbalam..
suara menjadi pembunuh dalaman!
yang tidak akan dapat dilupakan..
dendam kesumat membara dijiwa!
akan terbalas jua akhirnya..
lihatla dunia, semua akan menjadi nyata! akan ku "tackle" kaki mu biar kau jatuh, lepas tu aku kata "padan muka" !! dan akan ku ketawa, bunyi nya.. "hahahahaha"!!
tidak cukup di situ, akan ku campur mulut mu dengan cuka, biar kau rasa masam dan muka akan berubah menjadi kuda! lagi sekali, akan ku ketawa dan bunyi nya..lagi kuat.. "HAHAHAHAHAHA"!!!!!
...sekian..terima kasih.. ;p
Gembira bersama..
bila dapat berbakti..
suka hati..
bila keinginan dapat dipenuhi..
happy..
bila rasa dihargai..
riang..
bila hajat yang selama ini dimakbulkan..
alhamdulillah..
ada yang tersayang menyokong dibelakang..
nikmat yang penuh bermakna...apa kah dia?? hahahaha..mungkin pada orang lain, ianya biasa..tapi tidak pada insan yang bernama suhana binti ramli...
tarikh keramat : 7.10.2009.
jenis darah : B
jumlah dermaan : 450 paun..
setelah sekian lama.. niat dimakbulkan Allah s.w.t...
puasa nazar disusuli sebagai tanda kesyukuran..semoga lepas ni..dapat menderma lagi..insyaallah..
Thursday, October 1, 2009
wanita itu ada hati yang perlu dijaga sebaiknya....
1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!
6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.
7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.
8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan ! tak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan!.
14. Jika kamu menyukai sorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.
16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya.
17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!
18. Selepas sorang gadis jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.
19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis, cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.
20. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama! yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.
21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!
22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.
25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.
26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..
27. Senjata wanita adalah airmata!!
28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini! dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.
29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah…
makin poyo lak aku rasa sekarang ni.. entah la.. rasa macam entah apa-apa jek.. kenapa yek..?? rasa nak terjun laut pun ada. tapi sebelum terjun tu aku rasa, aku pakai pelampung dulu. sebabnye mana pandai berenang..
Friday, September 25, 2009
perubahan..
panjang tul salam..tu.. jawab..jangan tak jawab. hehehehe.. macam nak tulis surat cinta lak. hari ni raya ke 7. perut aku sakit tak sembuh2 lagi.. isnin ni dah nak balik lak tu. huhuhu. sarawak!! tunggu kamek pulang!!.. semalam aku gi jumpa geng lama. seronok sangat. akhirnye dapat gak jumpa. gamat jadinya rumah juju.tapi takde la dapat jumpa semua. cuti ni masa aku habis ngan mak ayah aku jek.. mana diaorg gi, aku mengekor jek.. biasa pun takde orang nak ikut...aku je pengikut setia mak ayah aku. hehehehe..anak manja la katakan..kuang..kuang..kuang..
hari ni pun mak dah ajak gi jenjalan... dia tak ajak org len.. sebab dah tahu dah jawapan.. heheheh.. tapi kan aku pernah gak merajuk. tak ikut mak n ayah gi kenduri kawin. apa lagi... semua la pelik. cari sebab kenapa aku taknak ikut. yang kelakar, ayah tanya sufina, "kenapa kak na tak nak ikut"? heheheheh... sufina lak leh jawab, "kak na merajuk, mak n ayah tak bgtau dia suh siap, tgk2 nak gi jek".. hahahahaha.. iyela, mana tak nye. malam tu sedara aku datang tido umah aku. aku dipinggirkan... hehehhe.. mengada gak aku ni yek.. sabar je laa.. suhana..suhana..
pagi ni mak masak nasi lemak.. sambil mengarang blog, aku makan nasi lemak yang sedap..nyummmyyy... hehehehe. iyela, kalau kat sarawak, aku makan nasi lemak kakak kantin tu..nak taknak, kena gak makan. kalau tak makan kang lapo...sebenarnye aku nak cite lain.. tapi lain lak yang kuar..tu sebab tajuknye "perubahan"..hehehehehe.takpe la kan....
Thursday, September 24, 2009
Hari ini Hari Jumaat, 25.09.2009
Cinta Yang Bisa Membuat Bahagia
Namun Kau Yang Tak Pernah Mahu Mengerti
Ertinya Cinta…
Tak Habis Ku Berfikir
Sampai Bila Begini, Ku Menanti
Rasakan Indahnya Cinta…
Ku Cuba Selalu Untuk Mengerti
Tapi Tak Mampu Bertahan Lagi
Akanku Jalani Hidup
Mengabdi Cinta Yang Pantas Untukku
Ikatan Cinta Sudah Berakhir
Buah Hati kan Menjadi Saksi
Hanya Waktu Menemani
Biar Kenangan Tersimpan Dihati
Mengapa Pertengkaran Selalu Ada Antara Kita
Dan Begitu Mudahnya Kau Ucap Kata Ingin Berpisah
Seharusnya Kau Tahu, Takkan Semudah Itu
Bila Memang Kau Tulus Mencintaiku…
ni lirik lagu siti.. "cuba untuk mengerti".. asal aku dengar je lagu ni..aku mesti menangis.. nak kata aku ni minah jiwang, takde la pun...hahahahahaha... mungkin lagu ni berhantu untuk diri aku kot...
lagi berapa hari aku nak balik sarawak.. tak sabar nak jumpa vivi.. mesti dia dah rindu giler kat aku.. harap2 flight tak delay....nak cepat2 sampai..hehehehe..
hari ni dah hari jumaat.. kaum2 adam dah sibuk2 nak siap gi solat jumaat. solat jumaat pertama di bulan syawal..
Tuesday, September 22, 2009
"Seminggu"...
Pergi meninggalkan mu...
Seminggu aku di sini..
Di sini mengingati mu...
Seminggu aku merana..
Merana mengenang kamu..
Pedih Hati tidak tertahan..menanggung rindu yang sangat berbeban..
Aku sendiri meragut kasih, kasih yang pasti hanya untukku..
Aku tahu kau pun begini..seperti aku yang sedang menanti..
Biar yang lain mengata kita, asalkan mereka kekal bahagia..
Bilakah masa kita kan berjumpa..mengubat rindu yang sangat mendalam..
sayang yang suci di bawa mati, moga ia kekal abadi..
kau la teman kau la kawan..ketika aku sangat memerlukan..
Allah itu Maha berkuasa..temukan kita tanpa diduga...
Yang tersimpul sudah pun terlerai..yang kasih pula sudah terbelai
nanti kan aku wahai kekasih..
nantikan kepulangan ku.....hanya.......seminggguuu.......................... :)
Wednesday, September 16, 2009
Susah ke awak..?...
Dengan hati yang kuat, Seman cuba untuk mengejar bas yang dinaiki Bedah. niatnya untuk memujuk kembali kekasih hatinya itu. Tidak sanggup Seman diselubungi rasa bersalah untuk kedua kalinya. Seman berlari sepenuh hati..tiba-tiba bas berhenti. Seman tergamam sambil tercungap-cungap keletihan. dengan tidak semenanya, Bedah turun dari bas. Seman terdengar satu suara yang agak lantang dari mulut bas.. "aiiyyaaa,..lu talak tau ka, ini bas untuk itu pekija kilang. talak boleh baca??..manyak susah la ini olang. wa manyak kija lagi tau !!" pemandu bas memarahi Bedah. Ini membuatkan tangisan Bedah semakin kuat. perasaan malu menyelubungi dirinya. rasa seperti ingin menimbus kepala nya ke dalam perut bumi. tapi apakan daya, Bedah hanya mampu menangis dan menutup muka.
Seraya Bedah memijak bumi, dia tidak menyedari bahawa dia sedang diperhatikan oleh seseorang yang menyanyangi dirinya. "Addddooiii..!" tetiba Bedah berteriak kesakitan.. bak kata pepatah, 'sudah jatuh, ditimpa tangga'... tanpa disedari, Bedah telah terpijak batu dan menyebabkan dia terjatuh ke dalam longkang kecil di hadapan tempat bas berhenti. "Ya Allah, awek akuu..!" jerit Seman. terkejut melihat kejadian yang menimpa Bedah, Seman sepantas kilat berlari mendapatkan kekasihnya itu. "ok ke awak?" bicara Seman lembut. Bedah hanya diam seribu bahasa.. perasaannya kini bercampur baur. antara dunia dan khayalan.. terdetik dalam hati Bedah, "kenapa la aku tak pengsan?? malunyeee..sakitnyeee". "saya papah awak ye..jalan slow-slow.." Seman cuba menolong. Bedah hanya menuruti. Tiada yang mampu dia lakukan melainkan mendengar arahan daripada Seman.
Seman membawa Bedah ke pondok bas. mereka duduk dan kelihatan darah mengalir dari tangan kanan Bedah. Bedah mengurut kakinya yang sakit. Keadaan menjadi semakin sayu. tanpa diduga, Seman menitiskan air mata. Dia merasakan apa yang berlaku sebentar tadi adalah kerana salahnya. jika dia tidak terlepas kata, pasti semua ini takkan menimpa Bedah, insan yang paling dicintainya. Bedah menunjukkan luka yang dialami di tangan nye kepada Seman lalu bersuara,.. "mesti ada parut kan?.., dah tak cantik dah tangan saya. bila saya tengok parut kat tangan ni nanti, mesti saya akan rasa sakit...". Seman hanya mampu mengetap bibirnya. dia tahu kata-kata itu ditujukan kepadanya. seribu penyesalan menyelimuti Seman... "Maaf kan saya, awak.. saya tahu salah saya. saya tak sepatutnya mengeluarkan kata-kata tadi. saya bersalah dan saya harap awak maaf kan saya.. saya sayangkan awak dan saya tak nak kehilangan awak.." Seman tunduk dan airmata nya menitik laju. kini, dia tidak mempedulikan lagi apa pandangan orang yang sekali sekala melalui jalan itu. Seman tidak kisah jika dia dikatakan "pondan" pada mata-mata yang melihat mereka.
Bedah mengesat air mata, lantas bangun meninggalkan tempat duduknya... sebelum berlalu, Bedah bersuara," ini bukan kali pertama..." -tamat-
PERRGGHH..AMACAM KAWAN2? OK TAK AKU KARANG CERPEN SI BEDAH DAN SI SEMAN NI? HEHEHEHEH... sudi2 la korang komen yek.. nnti aku leh wat lagi yang maha dasat..
hari raya hari yang mulia..
esok aku dah nak balik.. berdebar2 lak rasa.. kawan2 ofis dah ramai yang pulang ke kampung. ofis dan poli dah makin sunyi.. aku lak seronok, sebab leh drive kete ala-ala pelumpa f1 tu..hehehehe.. esok hari terakhir aku kat sini di bulan ramadhan. banyak gak barang aku bawa balik. daripada taknak bawa apa-apa, skrang aku tengok dah penuh satu beg. mak aku oder di saat2 akhir..mummy..waiting for me...!!
camne ni.. baju raya aku tak beli lagi.. huhuhuhu..yang pasti tahun ni aku nak cari baju warna putih.. tetiba hati rasa sayu lak bila mengenangkan dah nak habis bulan ramadhan. sempat la 2 hari aku berpuasa ngan mak n ayah.insyaallah...
pernah tak korang terfikir.. hidup kite ni dah diatur.. ada kala bila kite merancang, tapi apa yang dirancang tak menjadi.. ada kalanye juga bila kite tak rancang pun apa2..tapi dengan tiba-tiba sesuatu yang tak diduga berlaku.. Besarnye Kuasa Allah s.w.t tu kan.. Subhanaallah... bagi aku, kekuatan dan keajaiban yang ada pada manusia adalah berdoa.. kalau kite nakkan sesuatu yang baik, kite doa yang baik2..insyaalah..tapi jangan la korang doa yang buruk2.. tu aniaya namanya..
sekarang ni aku redha jek.. apa yang berlaku aku terima je dengan hati yang terbuka. mungkin hati aku pun dan remuk dan retak seribu kot.. aku dah jadi macam orang yang tak kisah.. tapi bukan la tak kisah pada semua hal..certain-certain je la.. mau tak mengamuk kalau orang apa-apakan 'vivi' aku.. berani la..hahaha..kalau bab harta benda, kuarga, berani la nak 'usik', memang aku kisahhh.. nak rasa penangan suhana, anak pak ramli..boleh aje..mau seminggu kat hospital... jangan tak tau,..masa sekolah dulu, aku ni ketua gangster merangkap ketua pengawas yang cekap, amanah dan berdedikasi..hahahahahaha..seronok lak bila dapat puji diri sendiri.. cuba korang cuba..mesti rasa best jek.. paling best, korang dok depan cermin, pastu cakap la yang bagus-bagus pasal diri k0rang.. aku percaya, hidung korang akan membesar dan mengecut tanpa diduga..hehehehe..tapi kalau tetiba kuar darah ke..cecair hijau ke.. cepat2 la gi basuh..jangan gi hirup lak.. hahahahaha... (tetiba aku rasa nak tergelak habis2an lak dalam ofis yang sunyi sepi ni)..hehehehehe
Monday, September 7, 2009
si poyo..
aku percaya ramai yang pernah jadi poyo sepanjang hidup kat dunia ni kan..tak banyak.. sekali seumur hidup..konfirm.. hehehe.. aku pun pernah poyo.. banyak kali jugak la... setiap tahun mesti poyo dua, tiga kali..hahahaha..
banyak maksud yang boleh di rungkai daripada perkataan poyo ni.. ada yang kata kantoi.. ada yang kata skema.. ada yang kata ntah apa2.. hahaha... tapi aku pernah gak terbaca dalam kamus dewan.. poyo tu maksudnye 'cantik'.. kuang..kuang..kuang...cantik kerr...??..
hari ni puasa hari ke 18.. tak sabar nak raya..baju raya tak beli lagi..otai kan.. esok nak raya, hari ni baru nak beli..heheheh...kalau tak, pakai baju lama pun takpe.. yang penting raya perlu diraikan dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran (ayat poyo yang pertama)...
lebih kurang seminggu lebih nak raya..hujung minggu ni aku nak shopping rayeee..nak beli apa yang patut.. baju raya, aku borong kat kl kot..lebih banyak pilihan..kalau tahun2 sebelum ni, aku akan wat kuih goyang..memang kuih raya feberet aku n kuarga..lebih2 lagi bila aku yang wat..(ayat poyo yang kedua) hahahah.. macam tahun lepas, aku wat ngan syazani..dia teman dari kol 11 malam sampai 3pagi.. hahahah..semangat raya tu...
tapi raya tahun ni kurang sorang..huhuhu..kakngah beraya kat singapore ngan husband n anaknye..iyela..tahun lepas diaorng beraya kat raub.. so, tahun ni ikut husband la.. org dah ada husband la katakan..(ayat poyo ketiga)..
hari ni aku terliur sangat nak makan pulut ngan rendang.. pergghh...sedap nyee..aku dah berangan dah nak masak balik kerja ni.. semangat berbuka.... pastu nak masak ikan keli berlada.. masak pedas2..pastu sakit perut..hehehehe..tapi takpe.. dah ada 'ubat'.(ayat poyo yang seterusnya)...hehehehehehe...
dah la.. tak mau dah la tulis.. kak ida dah bising...heheheheheh...
Wednesday, August 19, 2009
malam tadi...
di kala hati ku sedang lara,
buat insan yang jauh di mata,..
aku sentiasa merindui kalian semua..
jam 4.32 pagi.. aku terjaga dari tido.. astafirullah aala'zimm... ya Allah..aku bermimpi..mimpi yang sangat menyentuh hatiku..nauzubillah.. sedih dan pilu aku rasakan.. aku menangis tak henti..aku telefon insan yang boleh meredakannya.. rasa bersalah jugak sebab kacau orang tido.. tapi aku dah tak mampu nak wat apa-apa.... lepas panggilan diputuskan aku rasa lega dan lena kembali selepas beberapa ketika..
apa yang mampu aku lakukan.. semoga insan-insan yang aku sayangi dipanjangkan usia nya.. dipermudahkan segala pekerjaannya..dan diselamatkan di dunia dan akhirat... aminnn...
Thursday, August 13, 2009
14th August 2009..
tapi..kejadian tadi wat aku kurang happy..tak tau la kenapa.. aku tak pasti apa yang aku rasa sebenarnye..rasa tak best..rasa macam..entah la.. redha je la kan.. mungkin ada hikmah di sebalik apa yang berlaku.. aku balik ahad ni..tapi mesti rasa tak best lepas tu.. rasa ada sesuatu yang akan hilang..
jiwa aku terubat bila tgk sorang-sorang muka student aku..walaupun diorg ni kadang-kadang degil ya rabbi.. tapi diorg la jugak penghibur hati.. dengan macam-macam ragam, aku rasa happy sangat.. at least, kat diorg la tempat aku meluahkan rasa..aku leh marah..aku leh ketawa2..aku leh wat lawak..aku senang dengan diorg semua..aku harap, semua student2 aku lulus dengan cemerlang.. semoga diorg dapat apa yang diorg nak selama di poli ni..
bila tiba hari jumaat, aku akan rasa aku dah hampir dengan kematian..sedihnye rasa kan.. dah la banyak dosa.. ermm... nak menangis lak rasa..
* to my lovely hubby..thanks for the "present".... :)
Monday, August 10, 2009
petang yang suram..
minggu ni aku balik.. yahhooo.. best giler dapat balik. yang paling best.. hahahah..tak mau citer kat sini.. .. suhana happy.. senyum..senyum..
harini leh aku pau komputer kak tie.. waaa..sedih tul takde laptop.. tapi ada kebaikan jugak. takde la larroo jekk.. aku nak cuba sekali la kalau takde handset.. mesti lagi best kot... cuma takleh wat lagi sebab masih keperluan. iyelah, kalau takde handset camne ayah nak call..camne nak call sufina.. camne nak dgr sore firdaus.. dan yang paling penting... hahahah tak mau citer kat sini jugaaakk..heheheh...
nak tahu tak apa yang aku teringin sangat nak makan.. errmm.. aku teringin nak makan satey.. best nye laa.. bila la aku akan dapat rasa satey yang sedap.. yummmyy..lagi satu,..best betui kalau dapat pekena asam pedas abgngah.. wah..wah.. tetiba rindu lak kat org tua tu... apasal aku asyik teringin nak makan je ni.. heheheh.. berat pun dah naik 4 kilo.. aku rasa berat badan aku memang betui2 dah naik dengan drastik nyee...heheh..takpe la..itu menandakan kamek happy dok sitok..
Saturday, August 8, 2009
aku ingin pergi..
jauh dari semua..
tapi hati berkata.."adakah perlu begitu?"..
rasa nak terbang tinggi..
tinggi sampai tak nampak apa..
tapi jiwa berbisik.."kenapa harus begitu?"..
rasa nak berenang jauh ke dasar..
sampai ke dasar dunia..
tapi apakan daya...aku hanya meminta..
pergghh..jiwang karat jugak aku akhir-akhir ni.. melayan perasaan.. leh berdarah jugak la hidung baca perkara-perkara yang tersebut..hahahaha..
hari ni perasaan aku bercampur baur..entah la..tak tau kenapa aku dikurniakan perasaan sebegitu.. mungkin nikmat atau dugaan yang perlu aku tempuh..
hari isnin minggu depan aku dah start ajar budak2 semesta tiga.. ajar maths tu..dasyat la suhana binti ramli ni..jgn lingkup budak2 tu dah la...
petang tadi mak aku call. aku bgtau aku balik 14hb ni.. gembira betui dia.. aku pun happy.tak sabar nak jumpa firdaus,anak sedara kesayangan aku.... tiap kali aku call kakngah, mesti dia nak menyibuk.. tu kecik lagi.. kalau dah besar skit nnti, mesti nakal tu.. heheheh...nakal2 macam mak sedara dia ni la.. nakal2 berilmu.. hahahahahah...
pakcik depan umah ni layan lagu sedih la plak.. aku dah la tengah sedih ni.. bertambah lak dengan mendengar suara dia yang ala-ala benda hidup yang berwarna hijau tu.. perrgghh..memang dasyat..tapi sik apa la.. hari bahagia dia.. kasi can la.. hehehehe..
'ku pilih hidup yang bahagia..tapi sengsara yang mengetuk hati... ku mahu ini berakhir tapi..sampai bila aku harus menunggu'..
kuikuikuikuikui..(nak kasi korang muntah betui2 sebelum baca blog org lain).. hehehehehe
Monday, July 27, 2009
hujung minggu yang happy..
hujung minggu lalu aku balik kampung..memang seronok sangat..walaupun demam, tapi aku gagahkan jugak.. balik kampung la katakan. semangat kena lebih skit.heheheh.. malam jumaat tu best friends aku hantar..jumpa lak kak izan kat airport.memang seronok. yang tak seronoknye bila aku naik flight, batuk n selsema tak henti2.. terseksa sgt..tertanya-tanya bila nak sampaiiii...!
tiba kat klia, mak n ayah tak sampai lagi. sedih..huhuhuhu...tapi takpe.kesian diaorng..aku tunggu je penuh kesabaran.. lepas 1/2 hour aku tunggu, tetiba nampak kelibat mak..heheheh..muka dia happy je nampak aku..aku pun salam n peluk mak kesayangan ku itu..ayah tunggu dalam kete..sume happy aku balik..aku lak mesti la happy jugak!.pasal demam, aku terlupa sekejap..tapi tetiba masa dalam kete, demam aku datang bertandang..dia ketuk badan aku sampai panas satu badan..ditambah lak dengan batuk n selsema yang makin teruk. risau mak...suara dah macam nak tak nak kuar..bak kata along, suara macam nenek tua... (kuang asam alonng!)
balik kampung memang best.. ditambah lak sekarang ni musim durian, rambutan n manggis..tak lupa langsat n dukong... seronok.. kalau aku tak demam, aku rasa pokok rambutan kat umah atok dah ku panjat..heheheheh...sabar je la kan..
tu cerita pasal buah-buahan.. yang lagi seronok,..aku dapat jumpa anak sedara aku.. ya Allah, memang aku happy sangat dapat tatap muka Firdaus...seronok yang tak terhingga.. aku dah ada anak sedara.. seronok sangat2... heheheheh..dapat main ngan baby memang perkara yang menggembirakan..lebih2 lagi kalau baby tu dari darah daging kite...
ada something yang berlaku dan aku rasa itu la perkara yang paling wat aku happy....
Thursday, July 23, 2009
sempat...kesempatan....tak menyempat...
sempat jugak aku nak menaip kat blog aku ni..akhirnya.. aku demam seminggu ni...memang sedih..sakit.. tak tau la.. tapi bersyukur sangat sebab dapat demam.. Allah sayang kat aku...happy sangat.. bila demam ni ramai yang ambil berat.. seronok..so, masa ni la kite leh tgk yang mana kawan dan insan yang betul2 sayang kat kite secara ikhlas.
yang pasti, org yang tiap2 hari tanya aku sihat ke tak..antara nya.. mak aku, ayah aku, mak aku, ayah aku..pada awal..tengkiu awal! pastu si husni yang kusut tu, dah boleh nobat sebagai my best-best friend in the world!!..tak lupa pada my lovely kak izan..pada kama n kak fida..n the best, wawa.. hahaha...(ko memang tiap2 hari tepon aku..tengkiu wa!)..
kesempatan ini aku rasa nak minta maaf banyak2 pada sape2 yang kenal aku yang terbaca blog ni.. iyelah, bila sakit ni..teringat lak bab kematian..entah kan esok..lusa..tetiba takde dah kat muka bumi ni..kalau ada terasa, terguris hati, aku minta maaf banyak2...bagi pihak aku lak, aku dah maafkan sume nye..tak rugi aku maafkan org..hati pun makin happy....senyum.senyum..(poyo)..
tak menyempat.. ayat apa yang aku nak mulakan dengan perkataan tak menyempat ni yek?.. apa2 je la.. iyelah, dalam hidup ni memang kadang2 tu kite tak sempat nak buat apa yang kite nak dan inginkan....kite sentiasa mencari masa sampaikan kadang2 tu masa yang cari kite..dasyat tak dasyat... huhuhuhu..hingus terasa meleleh..ku hirup2 hahahaha...habat giler suhana!! telinga dah berdengung kembali... aku rasa sakit sangat skrg ni..mungkin org tak nampak kesakitan yang aku rasa....perggghh..rasa nak menangis pun ada..tapi wat apa nak suruh org tahu kan... hehehehe...macam2 suhana ni.. sabar je la.... ;)
Monday, July 6, 2009
penat..
macam biasa la. bangun, jalankan tanggungjawab seperti biasa. hari ni hari isnin laa.. dah kena kerja..kerja..kerja.. waaaa...kena kerja ker? heheheh..memang aku rasa pagi ni penat sangat. (bukan tiap2 hari ke aku penat)..no komen..
kreekkk..pintu rumah dibuka..aku penuhkan tanganku dengan barang2an yang biasa akan ku bawa ke pejabat (handbag-dipenuhi ngan kunci,losyen,hset dan lain2..tuuutttt..)
'kak izan,..harini sy tumpang kak izan yek"..tegur ku kepada kak izan.semalam tak sempat menatap wajahnya yang baru pulang dari kampung. mana taknye.. aku beronggeng dengan adikku sampai lupa diri.. kak izan membalas teguranku dengan senyum yang riang.."ok su.."
vrrroomm..enjin kereta dihidupkan. tetiba aku rasa berkobar2 lak nak ke ofis harini. mana taknye, student baru daftar harini. aku lak jadi ajk pendaftaran. memang tak sabar nak tgk muka sorang2..budak skema datang lapor diri laa...!!-
Monday, June 29, 2009
kambing...ooo kambing..
comey tak kambing ni.. heheheheh.. bagi aku, memang comey sangat2..
ni la kambing along aku. dia dapat masa ada tournament kat UIA... asalnye lawan futsal... pastu ada cabutan bertuah. memang unik la pihak penganjur wat.. sume hadiah berteraskan flora dan fauna.. hahahahah..mantap giler.. along aku lak agaknye malam tu malam bertuah dia.. menang cabutan bertuah dan hadiah nye adalah kambing yang di atas.. hahahahah.. memang kelakar sangat.. alhamdulillah..
Monday, June 22, 2009
Thursday, June 18, 2009
suhana kantoiiii...hehehehehe
nombor : 082-... oh, no area sarawak ni.. terdetik dalam hati.. sape yek.. "hello.." jawab ku... "ni suhana ye..?" tanya si pemanggil.." aha..ni siapa yek?" sapa ku... "saya menantu cik ramli".. jawab si pemanggil.. hahahah... abg ngah aku (abg ipar aku yang paling best di dunia) upenye.. aku pun meneruskan ketawa ku dengan maha dasyatnye.. sebab ingat abg ngah aku nak kenakan aku..sebelum ni pun aku dah pernah terkena ngan dia.. konon2 nak berkenalan la..dush..dush.. tapi tak terfikir lak aku kenapa no sarawak?? aku pun meneruskan gelak ku dan dengan selamba berborak.. " kenapa abgngah? saje je yek..mengada2 yek..".. aku pun selamba giler kutuk.. hahahahah...
tetiba aku teringat pakngah li (nama bapak sedara aku ni, sama ngan nama ayah aku, RAMLI) yang dah bermastautin kat sarawak hampir 50 tahun ... eh,.. siapa lak ni.. sebab kalau abgngah, mesti dia dah gelak2 lepas tahu aku dah sedar dia...
yang aku tetiba teringat tu sebab si pemanggil me'maintain'kan suara sebagai orang yang baru dikenali...
masyaallah.. aku yang terkantoi... hahahahah.. upenye betul la dia menantu cik ramli iaitu pakngah li ku.. hahahahah...maha dasyat dah aku kutuk dia..baru sedar yang aku dah salah orang.. malu-malu..mesti dia cite kat pakngah aku..hahahaha..memang malu..
lepas tu kejadian tu, aku terus tepon ayah aku.. ayah pun gelakkan aku.. sebab aku dah KANTOII..
Allah Kurniakan aku kegembiraan... sehari berduka..berhari-hari gembira.. Alhamdulillah.. seronok kan.. ayah selalu pesan..
"jaga la hati,..kalau hati kite bersih, pasti apa juga masalah dapat diatasi..ingat, bahawa setiap orang ada masalah dan pasti ada masalah..takde org yang takde masalah.. cuma yang membezakan seseorang dengan seseorang yang lain ialah bagaimana dia mengatasi masalah tersebut.."
Wednesday, June 17, 2009
Mengapa..
Hari ni aku rasa tak sedap hati..
zikirullah yang mampu aku lafazkan..untuk tenangkan perasaan..
aku sedih..terlalu sedih..
dan takut..terlalu takut.. untuk menempuh segala nya...
Ya Allah..berikan aku kekuatan.. aku hanya berserah pada mu...
aku mohon keberkatan darimu..permudahkan segala pekerjaan ku...damaikan hatiku, Ya Allah..
rasa nak menangis dalam ofis ni..tapi apakan daya..nanti apa pulak kata staff lain..
kadang2 rasa tak mampu nak hadapi semua nya..tapi aku sedar, aku perlu hadapinya..
"Bulatan kecil..bulatan kecil..bulatan besarr..
sayang papa, sayang mama..selamat malam...
enam kali enam..tiga puluh enam...
gedebak,gedebuk..gedebak, gedebuk...
anak..beruangg... yeeaaa...."
lagu untuk hiburkan hati aku...hehehehe..
Monday, June 15, 2009
Dendam Dalam Diam.. (Gambar Sebagai Hiasan)... :p
Cuba Untuk Mengerti..
Namun Kau Yang Tak Pernah Mahu Mengerti Ertinya Cinta
Tak Habis Ku Berfikir Sampai Bila Begini, Ku Menanti Rasakan Indahnya Cinta
Ku Cuba Selalu Untuk Mengerti Tapi Tak Mampu Bertahan Lagi
Akanku Jalani Hidup Mengabdi Cinta Yang Pantas Untukku
Ikatan Cinta Sudah Berakhir Buah Hati kan Menjadi Saksi
Hanya Waktu Menemani Biar Kenangan Tersimpan Dihati..
Mengapa Pertengkaran Selalu Ada Antara Kita Dan Begitu Mudahnya
Kau Ucap Kata Ingin Berpisah
Seharusnya Kau Tahu
Takkan Semudah Itu Bila Memang Kau Tulus Mencintaiku..
Sunday, June 14, 2009
Siapa aku pada dirimu...
Menunggu Panggilan rindumu..
Merdu suaramu Menikam kalbu
Sampai bila Aku harus menanti..Dalam rindu yang dalam Tak bertepi
Adakah titik cahaya Di hati..
Menerangi jalan Hidupku nanti...
Waktu pun Telah berlalu Aku tiba..Ke penghujung hidupku..
Namun duka yang
Ku tanggung ini....Masih juga..Ia di situ..
Tangisan...
satu persatu aku hadapi.. kegirangan ku tak dapat nak hilangkan kedukaan..
aku pilih untuk ketawa untuk selindung tangisan..
aku pilih untuk gembira untuk selindung kesedihan..
aku pilih untuk tidak ambil peduli untuk selindung kekecewaan..
aku fikir aku kuat..rupanya tidak..
hari ini, aku masih diuji.. diuji dengan kehilangan..kehilangan yang kekal abadi..
sampai bila aku boleh bertahan.. Ya Allah..kuatkan hatiku..kuatkan jiwaku..
Subhanaallah..
air yang mengalir sudah tidak boleh di tahan..
rasa nak bawa diri jauh...tapi apakan daya aku tak mampu...
aku tak mampu....
Al-Fatihah..
kini baru aku terasa betapa jauhnya aku....
Saturday, June 13, 2009
hobi saya..
assalammualaikum.. heheheh...malam ni kak izan kasi pinjam broadband.. teme kasih kak izan.. cuti2 ni takde bende nak wat kan..memang boring.. tapi best la sebab leh rehat2..
nak citer pasal hobi.. hahaha.. kelakar jugak nak citer psal hobi sebab selalunye cite hobi2 ni kuar masa cikgu sekolah rendah tanya..nak wat karangan.. kali ni cikgu politeknik sendiri nak citer psal hobi dia....kalau ikut hobi aku ni berubah2 jugak..tapi ada la yang constant nye.. antara hobi yang tak pernah berubah adalah men chess, surfing internet.. aku suka gak menaip.. dulu, pernah suatu ketika aku nak jadi kerani..sebab obses menaip.. kat rumah aku dulu ada taip writer tau.. ala yang bunyi ketak ketuk tu..memang jahanam taip writer mak aku tu aku kerjakan.. kitaorng adik beradik main ofis2.. hahahah.. selain yang tersebut, aku suka gak menyanyi.. aku sedar sore aku tak sedap pun....cuma tak peduli apa kata orang..asalkan aku happy..hilang stress tau dapat menyanyi..heheheh.. set karaoke kat umah tu, ayah aku beli sebab aku mintak.. heheheh..(sebenarnye ayah aku pun nak nyanyi sama tu sebab dia beli)..
hobi yang terakhir yang aku rasa tak pernah berubah dari dulu sampai skrg adalah..suke sangat bergambar.. aku tak tau la.. mmg dr dulu suke benor nak posing depan camera.. pantang org hala camera, aku la org pertama yang posing..ingat masa form 3, lepas dapat result pmr..ayah hadiahkan camera..hahaha..tiap2 bulan, mesti ada satu album gambar yang akan tercuci.. (kopak jugak duit ayah aku masa tu..tak kasi kang merajuk..anak ayah la katakan...) hehehehe..
Thursday, June 11, 2009
hari ini saya rasa kecewa...
kecewa,..memang kecewa..
Wednesday, June 10, 2009
Petua orang-orang Tua..
Dewasa ini dalam keadaan cuaca yang tidak menentu, ramai yang menderita sakit tekak. Petua mudah menghilangkan sakit tekak, ambil beberapa keping asam gelugur, dibakar hingga hangus. Selepas itu, tumbuk dan gaulkan dengan sedikit air sirih. Kemudian sapukan pada bahagian tekak yang sakit. Insya- Allah sakit tekak anda akan cepat sembuh
MENYEMBUHKAN DEMAM
Petua ini hanya sesuai untuk mereka yang deman biasa. Ambil segenggam daun betik. Bersih dan tumbuk hingga halus dan kemudian saring airnya menggunakan sehelai kain bersih. Air pati daun betik itu hendaklah diminum. Insya Allah dalam tempoh 12 jam anda akan melihat perbezaannya. Jika demam tidak sembuh, jangan lupa berjumpa doktor.
Aku dapat fakta2 ni daripada internet..dah lama dah ada.. cuma tak pernah praktik pun.. malas la.. heheheheh..leceh..lagipun dok sowang2 kat rumah, sakit pun takde sape yang tahu n peduli. yang penting, tido jekkk...
semalam lepas balik keje, aku terus tido.. tudung ngan stoking pun aku tak tanggal.. maha dasyat punya demam.. bangun tido macam leh gi keje semula..iyela, 'uniform' dah lengkap.. hahahah..nasib baik nametag aku dah tanggal siap2 masa solat kat ofis..
"jangan lupa jumpa doktor" konon.. blah la kat doktor .. perkara paling aku benci sekali ialah berjumpa dengan doktor.. kecuali kalau doktor tu nama dia Dr. mohd fahmie bin mohd hamifi.. boleh la kot... hahahahaha.....haa, husni tu nak kata apa2 la tu....hehehehehe
Tuesday, June 9, 2009
Everything...
yaahhoo..dah leh create post...
Sunday, June 7, 2009
Thursday, June 4, 2009
kesakitan..
ngan kak faiz n wan masa men boling jmsk
lagi 2 hari aku dah kena balik sarawak.huhuhuhu.. maaaaaalllllllllllllllllllaaaaaaaaaaassssssssssssssssssssnyeee nak ballllllllllllllllllllllllliiiiiiiiiiiiiiikkkkkkkkkkkkk!!!!...
hari ni memang aku tak tau apa dah jadi dengan aku.. tetiba mata sakit..terus effect kepala.. masa drive nak hantar mak aku gi sekolah aku muntah teruk.. dah la jap lagi aku nak gi jerantut.. natrah kawin.. tak tau bleh ke tak drive....tapi hidup perlu diteruskan..heheheh..semangat kena kuat!haahahaha.. tak sabar nak inaikan natrah.. seronoknyee..natrah dah nak kawin.. rindu sangat kat dia..
walaupun baru setahun kenal dia tapi kitaorang memang satu kepala.. apa2 pun sama.. masa kuliah kat upsi dulu, ada jek bahan yang buat kitaorag gelak..heheheh..lecturer tengah membebel kat depan, kitaorang ngan hal kitaorang..mana tak nye mengantuk giler.. so, cara terbaik, kaco orang len.. nakal gak aku dulu yek..
best friend aku yang lain yang memang satu kepala macam man (sekarang dah jadi bapak orang),..wah, rindu giler saat belajar.. memang gempak giler..
sekarang pun best gak.. jumpa geng yang satu kepala macam kak izan, wawa, husni, awal..wan, kak fida, ina, kama, khairul fahmi... memang best la.. tak sabar gak nak jumpa diorg semula balik sarawak ni..lebih2 lagi si husni ngan awal sebab diorang je ada kat sana yang lain tak habis cuti lagi...hahahah.. husni, wait for me!! hihihihihihi..(poyo..)
thinking of you
Comparisons are easily turned Once you’ve had a taste of perfection Like an apple hanging from a tree I picked the ripest one I still got the seed
You said move on Where do I go I guess second best Is all I will know
Cause when I’m with him I am thinking of you Thinking of you What you would do if You were the one Who was spending the night Oh I wish that I Was looking into your eyes
You’re like an Indian summer In the middle of winter Like a hard candy With a surprise center How do I get better Once I’ve had the best You said there’s Tons of fish in the water So the waters I will test
He kissed my lips I taste your mouth He pulled me in I was disgusted with myself
Cause when I’m with him I am thinking of you Thinking of you What you would do if You were the one Who was spending the night Oh I wish that I Was looking into…
You’re the best And yes I do regret How I could let myself Let you go No the lesson’s learned I touched it I was burned Oh I think you should know
Cause when I’m with him I am thinking of you Thinking of you What you would do if You were the one Who was spending the night Oh I wish that I Was looking into your eyes Looking into your eyes Looking into your eyes Oh won’t you walk through And bust in the door And take me away Oh no more mistakes Cause in your eyes I’d like to stay… Stay….Lagu Thinking Of You by Katy Perry.. ni Awaludin la yang ajar aku suke lagu ni.. memang best lagu dia.. ok la..sokmo gak aku pasang lagu ni kat ofis..sampaikan wan pun perli aku..dia kata, dia pun dah hafal lirik lagu ni sebab aku selalu pasang..hehehehe...
Blog Archive
-
▼
2009
(56)
-
►
June
(22)
- ketahuan..
- kambing...ooo kambing..
- ini la tinggalan pizza yang kitaorg tak habis mak...
- suhana kantoiiii...hehehehehe
- Mengapa..
- Dendam Dalam Diam.. (Gambar Sebagai Hiasan)... :p
- Cuba Untuk Mengerti..
- Siapa aku pada dirimu...
- Tangisan...
- Al-Fatihah..
- hobi saya..
- salam...apa buat dalam hutan tuu... heheheh.. ni g...
- hari ini saya rasa kecewa...
- Petua orang-orang Tua..
- Everything...
- yaahhoo..dah leh create post...
- gambar
- kesakitan..
- thinking of you
-
►
June
(22)